Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi ‘pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.


"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Nasrudin juga melihat apa yang dirancang oleh kerajaan pimpinan Najib sebagai suatu yang mundur, bersifat jahiliah dan tidak sepatutnya terfikir oleh seorang pemimpin di dunia moden kini.

"Langkah ini, langkah mundur kebelakang kerana negara sepatutnya dipacu untuk menjadi negara maju kehadapan dengan mendidik rakyat kerja keras dan menjadikan rakyat berdikari, rajin dan bermoral, tetapi malan dia mahu menjadikan rakyat malas, bodoh dan tenggelam dalam dunia hiburan," katanya.

Nasrudin juga hairan pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, beliau memperbanyakkan program-program hiburan, berbeza dengan zaman Dr Mahathir yang tidak menjadikan hiburan sumber utama dalam penjanaan ekonomi.

"Saya bukan menolak hiburan, tetapi menjadikan hiburan sebagai suatu tumpuan, industri besar akan melumpuhkan modal insan dan kerajaan pula terpaksa membelanjakan perbelanjaan yang besar untuk membangunkan modal insan," tambahnya.

Pemuda PAS desak batal konsert Adam Lambert

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengulangi desakan agar kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert yang akan berlangsung di Bukit Jalil, malam esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan, menegaskan pihaknya bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma-norma mulia orang Timur.

“Bagi pihak DPPP dan seluruh umat Islam yang prihatin, insya Allah DPPP akan cuba sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak-anak muda,” ujarnya.

Ini, katanya agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk ke dalam negara ini secara halus bagi merosakkan akhlak dan jati diri generasi muda hari ini.

Katanya, anak-anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert yang terkenal dengan perlakuan 'gay' ke negara ini.

Ini, tambahnya kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain di Shah Alam yang boleh dimanfaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan.

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.
“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.
Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya

Peranan Blogger Mahasiswa Islam

Di dalam membincangkan tentang peranan blogger mahasiswa Islam, kita boleh mengalihkan perspektif perbincangan kepada peranan pendakwah. Ini kerana konteks mahasiswa ialah di bawah kekuatan pemuda Islam, yang sememangnya diwajibkan untuk menyebarkan Islam.

Manakala sebutan “blogger”, ia melihat kepada uslub, atau cara dalam berdakwah. Ya, kadangkala blogger ini banyak masalahnya, dan tidak kurang juga faedahnya. Ia kembali kepada peranan penggunanya.
Hukum penggunaan blogger adalah diharuskan, berdasarkan qias kepada pandangan Syeikh Ali Jum’ah dalam meletakkan harus bagi penggunaan Handphone, Televisyen dan sebagainya. Ia diharuskan pada alat tersebut, tetapi diharamkan disebabkan penyalahgunaannya.

1. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, para pendakwah menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan dakwah, termasuk dengan cara penulisan. Contohnya Nabi Muhammad SAW sendiri mengutuskan surat kepada raja-raja luar Tanah Arab untuk memeluk Agama Islam.

Selain itu, pada zaman Nabi Sulaiman lagi, surat telah dihantar kepada Permaisuri Saba’ meminta supaya beliau memeluk Islam. Era penulisan kitab juga telah bermula pada awal zaman sahabat RA, contohnya Saidina Umar al Khattab merupakan orang yang mula-mula menulis tentang Sirah Nabi SAW, yang menceritakan tentang plot hijrah ke Madinah.

Kesimpulannya, sejarah penulisan ini sudah cukup masyhur dalam penyebaran dakwah Islam. Ia adalah salah satu saluran untuk menyampaikan Islam kepada umum. Blog juga adalah salah satu saluran penyampaian Islam ini, yang mesti digunakan oleh Pendakwah Islam masa kini.

2. Mahasiswa adalah barisan pemuda, yang mempunyai kekuatan untuk menggegarkan alam. Apatah lagi mereka dikurniakan kekuatan dan kemahiran yang banyak dalam menyebarkan dakwah melalui saluran ini. Maka, seorang pemuda harus menjadikan blog ini sebagai medan penyampaian dakwah mereka.

Melihat kepada peranan pemuda, sudah cukup untuk menjelaskan kedudukan mereka sebagai blogger Islam, sepertimana pendakwah pada zaman Nabi SAW. Ya, mereka semua adalah dari kalangan golongan muda yang hebat dalam ilmu agama, atau boleh diterjemahkan sebagai mahasiswa Islam. Contohnya,

a. Saidina Abu Bakar as Siddiq adalah seorang yang benar dalam kata-katanya dan dakwahnya. Apa gunanya menipu dengan menggunakan istilah dakwah. Ya, seorang blogger perlu menulis perkara yang benar, tidak menimbulkan fitnah semata-mata untuk “memanas”kan penulisan.

Kononnya hendak menarik pembaca, sanggup membuat fitnah. Tak ketinggalan juga mereka yang sanggup berlembut dalam perkara yang perlu tegas. Contohnya beberapa blogger yang masih “husnuzzon” apabila ulama’ terang-terang dihina dengan karikatur. Ingat, Saidina Abu Bakar RA mengisytiharkan perang kepada Golongan Murtad dan golongan yang tidak bayar zakat.

b. Saidina Umar RA yang cukup tegas dalam dakwahnya menjadikan aspirasi kepada blogger supaya bertegas dalam perjuangan Islam. Beliau juga hebat dalam mengatur strategi dakwah, juga perlu diaplikasikan oleh blogger supaya pandai dalam mengatur artikel yang ingin disiarkan.

Saidina Umar al Khattab pernah berkata, “sekiranya aku mengerjakan solat di dalam gereja, aku bimbang umat Islam akan datang, akan mengikut apa yang aku lakukan ini”. Lalu, beliau mengerjakan solat di luar gereja sehingga terbinanya Masjid Saidina Umar yang bersebelahan dengan gereja.

Maka, blogger juga perlu bertanya kepada diri sendiri, “tidakkah aku bimbang sekiranya penulisan ini akan dijadikan pegangan oleh pembaca?” Maka, berhati-hatilah dalam penulisan blog.

c. Saidina Uthman RA yang menampilkan penampilan yang lembut juga perlu dijadikan aspirasi oleh blogger mahasiswa Islam dalam menyebarkan dakwah. Pada zaman beliau juga, terhimpunnya al Quran dan dibukukan secara sempurna. Maka, seorang blogger perlu memikirkan bagaimana untuk menjadikan penulisan kita di dalam blog dapat dikekalkan.

Situasi hari ini, orang melihat sebagai “penulisan neutral” adalah yang terbaik. Bahkan penulisan yang bersifat lembut juga yang terbaik. Tetapi malangnya pembaca lebih meminati penulisan yang panas. Maka, gunakanlah penulisan yang lembut untuk mengulas isu yang panas.

d. Saidina Ali RA yang menampilkan watak seorang yang hebat dalam bidang ilmu, juga menjadi aspirasi kepada blogger untuk membawa blognya ke arah perbincangan ilmiah. Beliau juga hebat dalam pemahaman Islam yang sebenar.
Ya, seorang blogger hendaklah memahamkan manusia tentang Islam yang sebenar, bukannya menimbulkan tanggapan buruk kepada Islam. Contohnya pada hari ini, masyarakat akan memerhati, adakah penulisan di dalam blog ini menampilkan Islam yang sebenar? Atau ia hanya perangai yang dibuat-buat?
3. Cukuplah dengan 4 contoh Khulafa’ ar Rasyidin ini untuk menterjemahkan peranan seorang blogger mahasiswa Islam. Di sana begitu banyak peranan blogger mahasiswa Islam yang telah ditonjolkan oleh ulama terdahulu.

4. Selain itu, dipetik di dalam sebuah blog bekas Mahasiswa al Azhar, Ustaz Nasaruddin at Tantawi tentang etika dan adab seorang blogger :

a. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca. Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat.

Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredibiliti untuk dipercayai dan diyakini .

Kelima : Penulisan menggambarkan karaktor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang, ceria, jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis. Lantaran itu, menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

b. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

c. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas. Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

d. Hati-hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

e. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa, jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan. Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad, fitnah, kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

JAMBORI ARC TERENGGANU..Di Merang, Setiu


Bertempat di Taman Rekreasi Pantai Merang, berhampiran Jeti Merang, Setiu, Terengganu

Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.


Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

- Bernama ..http://www.malaysiakini.com/news/136227

Jom ke konvensyen gerakan Islam dan persaingan demokrasi

Tarikh: 22 mei 10 (Sabtu)

Tempat: Hotel Palma, Ampang

Masa: 8 pagi - 2 petang

Gerakan Islam di abad moden mempunyai sejarah yang rencam dan berliku dalam keberadaannya di tengah masyarakat Islam selepas menghadapi zaman gelap penjajahan.

Dalam konteks gerakan Islam kontemporari, Ikhwnul Muslimin (1928) sebagai pengasas gerakan Islam moden telah muncul untuk mencabar regim dalam tuntutan untuk mengembalikan khalifah Islam yang tumbang pada tahun 1924 dan pada tahun 1941, di benua Indo Pakistan pula muncul Jamiat Islami yang diasaskan oleh Maulana Maududi.

Begitu juga di negara-negara umat Islam yang lain kesedaran untuk mengembalikan syariat Islam telah diusahakan oleh gerakan Islam namun menghadapai saingan sengit daripada gerakan berideologi lain seperti gerkan sosialis yang kadang kala dibuat penyesuaian setempat seperti Baath di rantau sebelah Arab atau Marhaenisme di rantau alam Melayu.

Gerakan Islam di pelbagai negara telah memainkan peranan politik dan dakwah yang berkesan terutama dalam era perjuangan menghadapi tekanan dan ujian yang dahsyat seperti yang berlaku di rantau arab, Pakistan, Indonesia, Tanah melayu.

Gerakan Islam telah menghadapi fitnah dan pembantaian yang cukup tragis dengan penangkapan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir, Algeria, Indonesia, Malaysia dan syiria.

Kebangkitan Islam itu suatu fenomena kesedaran untuk kembali kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup serta ditandai dengan bersemaraknya institusi-institusi Islam, kesedaran beragama, protes terhadap sistem sekular pragmatis, kerancakan penerbitan bahan-bahan bacaan Islam dan ia juga menjadi fenomena anak muda kelas menengah di negara Dunia ketiga serta gelombangnya bersifat sejagat.

Bermula pada dekad 1970-an, mengalami penyuburan pada dekad 1980-an dan 1990-an dan pelbagai peristiwa dan kejutan dalam masyarakat dunia terutama hegemoni Barat.

Di seluruh dunia Islam, kebangkitan Islam adalah protes dan fenomena yang memberi impak kepada parti-parti politik dan dasar kerajaan yang memerintah, yang terpaksa akur dengan tututan masyarakat atau pun mengimbangi dengan program penerapan Islam yang berlaku di Arab dan Malaysia sendiri.

Gerakan Islam secara langsung adalah pihak yang paling mendapat keuntungan dengan fenomena ini apabila semakin ramai orang Islam terutama daripada golongan yang muda yang terdedah dengan maklumat dan Ilmu berkaitan dengan Islam.

Kesedaran Islam yang bersifat sejagat juga menyebabkan mereka mulai kritis terhadap dasar dan perjuangan parti pemerintah yang tidak mesra Syariah dan berpegang dengan ideologi yang asing dengan Islam.
_________

Acara padat,menarik,menguja akal dan intelektual-bermula pendaftaran,tayangan audio visual, perasmian oleh Ust Nasrudin Tantawi, kata aluan YB Iskandar Samad, Pembentang kertas kerja-Dr Zuhdi Marzuki, Prof Dr Redhuan Othman, Pak Nabil daripada PKS. Juga forum QA, dikendalikan oleh Ustaz Riduan M.Noor.

**Makanan, hotel, fail, buku, kertas kerja, ruang selesa berwacana disediakan. Yuran 20 rm sahaja..Anjuran bersama Pejabat ADUN Cempaka, Lujnah Dakwah DPPP, GAMIS.Sila daftar segera, tempat terhad.

Bendung gejala sosial dengan pendidikan Islam

“Setuju mata pelajaran pendidikan seks tidak diajar di sekolah sebagai pendidikan khas,” kata Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Mohd Syahid Mohd Zaini.


Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi kelmarin mengenai keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak melaksanakan pendidikan seks di sekolah.

Namun menurut beliau lagi yang juga Exco MPMUM Sesi 2009/2010, apa yang dikesalkan, silibus Pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Quran, menutup aurat dan lain-lain lagi.

Katanya, hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina.

“Jadi penyelesaian paling 'mujarab' untuk membendung gejala sosial adalah menumpukan pendidikan Islam, bukannya melalui pendidikan seks. Ajaran Islam patut diutamakan dalam setiap aspek,” ujarnya.

Bendahari PMAPIUM, Muhammad Rusydan Muhammad Ruslan pula berkata, subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi.

“Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks. Kita mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama,” katanya.

Katanya, kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram.

“Remaja sekarang menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting,” ujarnya.

Nur Dalilah Mokhtar turut bersetuju dengan kementerian supaya tidak melaksanakannya.

“Ini disebabkan, sudah tentu acuan kita tidak sama dengan acuan sekular Barat kerana sistem nilai kita yang berbeza.

“Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matlamat pendidikan itu,” katanya.

Baginya, yang pasti teknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan safe sex adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang.

Harakahdaily

Gerabak wanita: PAS ucap tahniah kepada KTMB

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengucapkan tahniah kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter.

“Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam di negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, PAS amat menyokong langkah itu kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak.

Malah, ujarnya langkah itu dapat mengurangkan masalah gangguan seksual kepada penumpang wanita.

“Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakkan wanita di tempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaik-baiknya.

“Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai,” ujarnya lagi.



Menurutnya, perkara itu sudah lama dilaksanakan di luar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah.



Justeru, tambahnya, PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.



PAS, ujarnya berharap inisiatif itu juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita di tempat awam dapat dikurangkan di samping meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata masyarakat.

Jaipp sedia bahan terkini perkasa guru takmir

SEBERANG JAYA, 28 April: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyediakan bahan terkini untuk memperkasakan guru-guru takmir agar selari dengan cabaran semasa umat Islam yang semakin hebat, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Saleh Man.

Beliau ketika merasmikan majlis Ijtimak Guru-Guru Takmir Seluruh Pulau Pinang di sebuah hotel di sini pagi tadi menambah, pada masa kini dua buku telah pun diberikan kepada guru-guru berkenaan untuk digunakan terutamanya berhadapan dengan permasalahan masyarakat berpandukan al-Quran.

Buku tersebut ialah Ayat Suruhan dan Ayat Larangan yang mana, katanya, secara ringkas merungkaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya membabitkan keluarga.

"Jaipp dan Jakim telah bersedia dengan kelengkapan berhadapan dengan karenah masyarakat apabila menyediakan dua buku iaitu Ayat Suruhan dan Ayat Larangan kepada guru takmir supaya dapat menyampaikan maklumat berhubung masalah yang berlaku masa kini," jelasnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Tujuannya, kata beliau utama pendekatan yang diambil untuk memantapkan masyarakat yang kini dijangkit penyakit serta membina semula generasi muda di segenap bidang.

Ini, katanya memandangkan generasi muda merupakan pelapis kepada generasi akan datang maka segala penyakit wajar disembuhkan sesuai dengan cabaran globalisasi yang semakin meresahkan umat Islam.

"Penyakit yang dihadapi oleh umat Islam sekarang ini harus di sembuhkan. Antara elemen yang boleh membantu menyelesaikan masalah itu ialah dengan memperkenalkan subjek seperti Tafsir, Hadith, Tasawuf, Feqah, Sirah dan Akhlak kerana mendidik jiwa masyarakat khasnya golongan muda mudi untuk menjadi bangsa yang berilmu dan berahklak mendekati masjid," tambahnya di hadapan 100 orang guru takmir yang datang dari lima daerah.

Program bertemakan 'Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah' juga mengajak masyarakat supaya
tidak terjebak dengan fahaman khilafiah yang mengundang perpecahan di beberapa buah masjid.

Justeru itu, beliau menasihati walaupun berbeza pendapat namun untuk berpecah jangan sekali-kali demi agama yang suci kerana masjid adalah tempat yang mulia untuk beribadat, tidak disalahgunakan dengan program yang tidak bersesuaian dengan suasana masyarakat sekarang.

"Tugas kita semua untuk memperbetulkan keadaan dan mengimarahkan masjid seterusnya memelihara penyatuan masjid agar tidak berpecah belah," tegasnya.

Menurut beliau lagi, pada tahun 2009, Jakim telah menyediakan peruntukan sebanyak RM639,180 bagi urusan pembayaran elaun guru-guru takmir iaitu RM40 untuk sekali mengajar dan peruntukan khas RM25,000 bagi pelaksanaan kelas 'Tafaqquh Fiddin' untuk setiap daerah.

Manakala Pusat Urus Zakat (PUZ) pula, sejumlah RM174.890 telah diperuntukkan pada tahun 2009 di mana aktiviti yang digunakan untuk membayar elaun tambahan mengajar guru takmir sebanyak RM10 untuk satu kelas.

Menyentuh mengenai usaha mendapatkan tauliah di Pulau Pinang terutamanya guru baru yang berhajat, boleh mendapatkanya di pejabat Jaipp bagi mengelak daripada timbul berbagai prasangka yang tidak baik.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Jaipp, Haji Sazali Husain, wakil Ketua Pengarah Jakim, Ustazah Latifah Said, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Masjid dan Surau, Ustaz Ayob Yaacob dan Penyelaras Program Unit Takmir, Ustaz Imran Ibrahim.

Sumber Harakahdaily.net/v2

Tukar PTPN kepada Biasiswa

KUALA KRAU, 12 April: Kerajaan digesa tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pinjaman tersebut ditukar statusnya kepada biasiswa sepenuhnya.

Demikian kandungan usul Dewan Muslimat yang dibawa dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau kali ke 24 yang diadakan di Darul Hikmah, dekat sini, semalam.

Ini kerana menyedari tentang pentingnya rakyat mendapat pendidikan tinggi hingga ke peringkat universiti dan menyedari tentang pentingnya modal insan yang intelektual, inovasi dan berdaya saing dari aspek ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Menyedari tentang bebanan tanggungjawab kos yang sangat tinggi, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-24 yang bersidang pada hari ini menggesa pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima PTPTN yang membuat bayaran balik segala pinjaman yang mereka perolehi atau menukarkannya kepada status biasiswa sepenuhnya,” kata wakil dewan itu, Puan Salina Omar ketika membentangkan usul berkenaan.

Tambahnya, dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin mendesak adalah tidak wajar bagi kerajaan membebankan rakyat menanggung kos pendidikan yang merupakan perkara asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

”Kalau kerajaan benar-benar berjiwa rakyat dan berjiwa Islam, kita menuntut kerajaan peka dengan kepentingan memberi pendidikan kepada rakyat sehingga ke peringkat tertinggi. Adalah tidak wajar pelajar dikenakan faedah berbentuk riba dan kita menuntut agar status tersebut ditukar kepada biasiswa sepenuhnya,” katanya.

Usul tersebut disokong perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan yang kemudian diterima sebulat suara.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25992:tukar-ptptn-kepada-biasiswa&catid=1:utama&Itemid=50

Masalah Sosial Pelajar

Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang aneh. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya.

Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak terngadah, bila nasi sudah menjadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Baru-baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh teman lelakinya berumur 27 tahun, yang juga Orang Kena Perhatian (OKP) oleh Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betul lah kata orang tua tua, bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan 'body' dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan terlalu mudah terjerumus, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem-filem yang menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak mengawal sedangkan pengaruh di luar lebih mengatasi pengaruh ibu bapa.

Mereka lebih mendengar kata-kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi.

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan penzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.

Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktor faktor luaran tidak dikawal.
Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program-program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25306:masalah-sosial-pelajar-di-mana-silapnya&catid=109:remajawanita&Itemid=151

Kesan Ulama dan Umara Tidak Berperanan

Umara dan ulama ada peranan masing-masing namun antara mereka perlu saling berhubung untuk kebaikan rakyat. Tetapi sejauh mana peranan itu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Inilah yang menjadi persoalan yang perlu kita cari.

Siapa umara dan siapa ulama perlu dijelaskan supaya mereka tahu status sebelum. Mungkin selama ini mereka tidak kenal lalu tidak tahu hendak bertindak seperti yang sewajarnya. Mengikut penjelasan Dato’ Dr Ismail Ibrahim umara ialah pemerintah daripada Perdana Menteri sehingga pemimpin atau ketua dalam sesuatu jabatan dalam kerajaan. Oleh sebab itu padanya, mufti adalah termasuk dalam umara.

Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dalam mendifiniskan ulama menjelaskan bahawa semua cerdik pandai Islam dalam bidang ilmu Islam adalah dikira ulama. Difinisi ini dibentangkan sewaktu kedua-dua mereka membentangkan kertas kerja dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri dengan Ulama dan Umara di PICC baru-baru ini.

Berdasarkan itu umara berperanan memerintah, mentadbir, dan mengurus hal ehwal negara untuk manfaat rakyat. Semua perlu dilaksanakan dengan baik selaras dengan kehendak Islam. Pada masa yang sama, ulama berperanan mengurus hal ehwal Islam yang melibatkan masyarakat Islam termasuk pemimpin.

Jelas di sini, peranan ulama lebih besar daripada umara kerana mereka perlu memastikan perjalanan politik sesuai dengan Islam, pengurusan kerajaan selaras dengan Islam dan khidmat pegawai kerajaan adil terhadap rakyat. Ulama juga perlu memberi pendidikan iman dan takwa kepada masyarakat dan membimbing mereka agar tidak melanggar hukum Allah dan negara.

Oleh sebab itu, ulama dan umara perlu saling berhubung untuk membaik pulih dan menambahbaik urusan yang melibatkan pentadbiran dan rakyat. Jika pemimpin salah, ulama akan segera menegur. Dan jika pemimpin hendak melakukan sesuatu akiviti harus merujuk kepada ulama untuk kepastian sesuai dengan kehendak Islam.

Dalam hal ini Islam mengingatkan dua golongan ini dengan sabda Rasulullah s.a.w:

شِرَارُ العُلَمَاءِ الَّذِينَ يَأتُونَ الأُمَرَاءَ وَخِيَارُ الأُمَرَاءِ الَّذِينَ يَأتُونَ العُلَمَاءَ - رواه ابن ماجه

Maksudnya: “Seburuk-buruk ulama ialah mereka yang mendatangi umara dan sebaik-baik umara ialah mereka yang mendatangi ulama,” (Riwayat Ibnu Majah)

Hadis ini merujuk kepada sikap ulama yang datang bertemu dengan pemimpin negara untuk mengampu mereka. Jika pemerintah melakukan sesuatu perkara yang secara umum kurang baik atau salah, dicari jalan untuk menutupnya. Diusahakan untuk mendapatkan hujah al-Quran dan hadis bagi membolehkan usaha kerajaan itu diteruskan.

Keadaan ini berbeza jika umara datang kepada ulama, mereka mahu mendapatkan kepastian tentang hukum. Kalau mereka rasa ada yang tidak kena dengan pentadbiran, akan dirujuk kepada ulama. Sikap pemimpin ini adalah terpuji.

Walau bagaimanapun lazimnya umara tidak bersikap begitu. Mereka akan mengelak daripada memerintah dengan adil. Kalau perkara itu menguntungkannya atau kumpulannya dia akan memberi perhatian. Tetapi kalau perkara itu menguntungkan orang lain, mereka akan cuba memburukkan orang itu. Kata hukama’:

اِذَا رَغِبَتِ المُلُوكُ عَنِ العَدْلِ وَرَغِبَتِ الرَّعِيَّةُ عَنِ الطَاعَةِ – حكماء

Maksudnya: Biasanya pemerintah bencikan keadilan dan rakyat bencikan kepatuhan. – Hukama’

Memang rakyat suka mengambil pendekatan tidak suka mentaati pemerintah. Kadang-kadang sesuatu yang dibuat itu sudah baik tetapi ada sahaja yang mahu dikomennya. Hati kecilnya suka tetapi secara jelasnya tidak dinyatakan.

Sungguhpun begitu, kita agak kecewa juga dengan sikap ulama yang berada di jabatan agama di seluruh negara terutama yang berada di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tidak banyak membantu rakyat ke arah mendidik mereka cara mentaati pemerintah. Sebaliknya mereka suka menghukum rakyat sebagai jahat dan derhaka jika tidak sokong pemerintah.

Mereka juga tidak agresif dalam dakwah sedangkan peruntukan untuknya terlalu banyak. Banyak pembaziran dengan perancangan yang tidak kemas. Kadang-kadang wangnya dilebihkan pada membuat kertas kerja dan upah yang tidak sepatutnya.

Jika mereka berperanan, tentu pada hari ini tidak ada lagi orang asli yang masih belum beragama. Tetapi apa yang terjadi kini, bukan sahaja ramai yang beragama nenek moyang, jumlah yang beragama Kristian lebih ramai daripada yang masuk Islam. Selain itu, sesudah sekian lama kita merdeka sepatutnya orang bukan Islam di negara ini kalau tidak mahu memeluk Islam pun mereka sudah boleh faham tentang Islam lalu tidak menentang Islam lagi.

Dari sudut amal makruf di mana ulama kerajaan ketika orang politik menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang Islam? Di mana mereka ketika media menggembar-gemburkan cerita fitnah dan mengumpat. Di mana pegawai agama ketika media menghina Islam. Mengapa orang agama di dalam kerajaan tidak berani menegur pemimpin, orang politik dan kepimpinan media dalam soal ini?

Di mana mufti dalam berhadapan dengan isu besar yang mencabar Islam? Mereka itu takut untuk membantah apa yang berlaku di hadapan mata mereka kerana takut jawatan hilang, takut tidak naik pangkat dan sebagainya. Alangkah hinanya cerdik pandai Islam yang berada dalam kongkongan perasaan yang negatif terhadap kerajaan. Padahal kalau mereka boleh menegur umara dengan baik dan berhikmah, pandangan mereka boleh jadi diterima dengan baik.

Ketahuilah apabila ulama kerajaan takut menegur pemerintah, malah segala kesalahan pemerintah akan ditutup dengan pelbagai alasan, nescaya umara akan merasakan bahawa tindakan mereka betul. Pada masa yang sama, rakyat jelata dipersalahkan, mengintai tok guru yang mengajar di masjid dan surau kerana bimbang berlaku penyelewengan aqidah.

Pegawai agama ini mudah nampak kemunculan kumpulan ajaran sesat, lalu mereka diburu. Namun setelah bertahun-tahun ajaran itu dikenal pasti menyeleweng, terlalu sedikit yang telah berjaya dikembalikan kepada ajaran yang benar. Apakah mereka tidak begitu arif atau alim untuk menundukkan kefahaman guru ajaran sesat itu?

فَسَادُ الرَّعِيَّةِ مِنْ فَسَادِ المُلُوكِ وَفَسَادِ المُلُوكِ مِنْ عُلَمَاءِ السُّوْءِ - امام الغزالي

Maksudnya: “Rosaknya rakyat berpunca daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk yang ada kepentingan.” (Iman Ghazali)

Jika ulama dan umara ikhlas untuk membanteras ajaran sesat itu, tidaklah susah hingga memakan masa bertahun-tahun. Kumpulan mereka bukan ramai, boleh ditangkap dan diberi kursus tentang Islam dan aqidah yang betul. Alasan mereka susah hendak dibawa ke pusat pemulihan tidak boleh diterima. Hal ini kerana mereka bukanlah pengganas yang lebih bahaya daripada komunis.

Ulama dan umara harus insaf bahawa kecuaian mereka dalam perkara ini telah mengakibatkan banyaknya maksiat baik dalam kalangan remaja malah golongan dewasa. Perzinaan mudah berlaku di mana-mana. Perogolan mudah terjadi sehingga lahirnya anak tidak sah taraf atau anak longkang dan tong sampah.

إِذَا ظَهَرَ الزِنَاءُ وَالرِّبَا فِي القَرْيَةِ فَقَدْ أَحَلُّوا بِأَنْفُسَهُمْ عَذَابَ اللهِ - الحاكم

Maksudnya: “Apabila muncul banyak amalan zina dan riba dalam sesuatu kariah masa sesungguh mereka telah menghalalkan untuk mereka azab Allah” (al-Hakim)

Oleh sebab itu ulama dan umara patut berperanan menyedarkan rakyat tentang iman dan Islam. Mereka perlu mendidik anak remaja agar tidak menjadi anak derhaka dan turut membimbing ibu bapa agar tidak derhaka kepada anak mereka. Mereka perlu diselamatkan daripada api neraka.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/02/fikrah-islamiah-kesan-ulama-dan-umara.html

Pemuda PAS sedia kerjasama dengan jabatan agama

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya sedia mengadakan kerjasama dengan jabatan agama negeri-negeri bagi membendung gejala zina yang semakin berleluasa sekarang.


Beliau yang merujuk kepada tahap gejala sosial termasuk zina yang semakin parah sebagaimana yang dilaporkan media arus perdana hari ini.

Ini, katanya ditambah dengan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.

Nasrudin menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Anti Zina, Arak dan Pergaulan Bebas di Pasar Seni, di sini, petang ini. Hadir sama ialah timbalan dan naibnya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ahmad Sabki Yusof serta beberapa Exco Pemuda PAS Pusat

Katanya, kebetulan pula esok adalah sambutan Valentine’s Day.


“Kita lihat masyarakat kita sambut Valentine’s Day tak ubah sebagaimana orang barat menyambutanya,” ujarnya.

Bahkan, katanya Pemuda PAS Pusat turut menghantar memorandum kepada pihak Menara Kuala Lumpur yang mengadakan sambutan itu dengan program yang merosakkan golongan muda.

Mengenai kempen anti zina, beliau memberitahu ia dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

“Kita menyedari jika kita tidak mengambil berat dalam perkara ini, maka gejala ini semakin teruk,” ujarnya.

Tambahnya, kempen anti zina adalah salah satu daripada tiga kempen yang dilaksanakan oleh pihaknya pada mesyuarat Pemuda PAS Pusat hari ini.

Menurutnya lagi, kempen kedua ialah Kempen Lailahaillallah lanjutan daripada pendirian PAS Pusat bahawa penganut agama samawi boleh menggunakan kalimah Allah tetapi tidak boleh menyalahgunakannya yang boleh mengelirukan umat Islam.

Selain itu, katanya satu lagi ialah Kempen Selamatkan Negara daripada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir negara pihak pemerintah

Tazkirah

Dalami ilmu, beri peringatan, dan mari bersama PAS




"Allah berfirman , maksudnya: ‘Hendaklah ada satu kelompok dari satu kumpulan manusia yang mendalami ilmu agama, dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila kembali, mudah-mudahan mereka beringat.’


Ilmu mengenal Allah, yang mendekatkan diri kepadaNya, tahu hukum-hakam, halal haram, suruhan dan tegahan, patuh Nabi adalah ilmu tafaqquh fiddin paling tinggi. Ilmu bukan bermakna hanya memiliki PhD Syariah, Dakwah atau Hadis. Ilmu mesti dimanfaatkan untuk diri sendiri, kemudian diberikan peringatan kepada orang lain.

Allah berfirman maksudnya: ‘Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang hampir.’ Di antara papantanda paling banyak di jalanraya ialah perkataan AWAS. Konsep perkataan AWAS itulah yang telah dilakukan oleh Nabi SAW dalam misi dakwah Baginda, dan itulah jalan yang mesti dituruti.

Ilmu juga untuk diamal. Ada yang dapat diamal dengan mudah seperti solat. Ada yang tidak dapat diamalkan melainkan mesti ada sebuah negara atau sistem yang menaunginya. Benarlah perkataan Saidina Osman bin Affan, mafhumnya: ‘Sesungguhnya Allah menjaga agama melalui kekuasaan, apa yang tidak dijaga oleh al-Quran‘.

Judi haram, rasuah haram, zina haram. Keadilan mesti ditegakkan. Al-Quran dan hadis menyebutkan demikian. Tetapi Tok Guru, ulama atau pensyarah IPT hanya dapat menyebut dan memberitahu, tidak dapat melaksanakan tuntutannya. Kuasa diperlukan untuk memartabatkan hukum al-Quran dan Hadis itu. Tok Guru, ulama dan Dr bersandar kepada tiang masjid dan kerusi, tetapi Nabi mengajarkan ia mesti bersandar kepada kuasa yang dapat melaksanakannya. Justru, hijrah berlaku.

Malang bagi mereka yang mendalami agama, belajar puluhan dan ratusan kitab ulama muktabar tetapi akhirnya gagal memahami tuntutan menegakkan Islam dalam bentuk dan sistem bernegaranya. Alhamdulillah, di Malaysia, PAS adalah gerakan Islam yang konsisten dengan matlamat dan tujuan ini. Ia perlu dibantu, terutama oleh mereka yang punya ilmu agama. Jika dirasakan ada kekurangan dan kesilapan, ia perlu ditegur melalui adab dan saluran yang betul. Meruntuh lebih mudah dari membina.

Saya mengajak graduan lulusan Akademi Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam- dalam dan luarnegeri, mereka yang berada di pondok pengajian tradisional, pensyarah IPT dan lain-lain untuk bersama memartabatkan Islam dalam bentuk bernegara dengan bersama kami dalam PAS. Berikan sumbangan semampu mungkin.

‘Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu, dan menetapkan pendirian kaki kamu.’ Daripada Abu Hurairah ra katanya, Nabi SAW bersabda: ‘Tidak akan masuk Neraka seorang yang menangis kerana takutkan Allah sehingga susu kembali ke tempatnya dan tidak berhimpun debu hasi dari perjuangan di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam.’

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2389

PAS sedia dialog dengan Umno isu Islam, rakyat

GOMBAK, 6 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno/Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga isu berkaitan kepentingan rakyat.

Presiden PAS berkata, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno yang hadir dan wakil mereka ada di dalam dialog berkenaan.

“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.

"Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis taklimat khas Presiden PAS berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di Anjung Rahmat, di sini, hari ini.

Sementara itu di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam.

Sedangkan, tambahnya amat tidak wajar parti itu menentang perjuangan PAS memandangkan ianya diperjuangkan oleh orang Melayu yang menegakkan Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sahabat Cyber Sayang Kelantan (Sain) dan pelancaran facebook Tok Guru sempena majlis Hi-Tea Kelantan Facebookers Ghatering di Perdana Resort petang ini.

Menurutnya, Umno juga perlu menjelaskan kenapa parti itu tidak mahu bersama dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS kepada umum.

“Itu saja cadangan saya untuk bermuzakarah, tidak ada perkara lain, Umno kena jelas kenapa partinya menolak perjuangan Islam, yang lain tu biar dulu,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana Umno Kelantan menyambut baik saranannya itu.

Bagaimanapun, menurutnya, bukan sahaja Umno Kelantan yang harus bersetuju, yang penting sekali dalam soal ini Umno di peringkat pusat.

Tambahnya, apa yang ingin dimuzakarah ialah soal agama, bukannya teori, falsafah atau sebagainya.

Menjawab tuduhan Umno yang mendakwa cadangan muzakarah itu dibimbangi beliau tidak konsisten sebagaimana pertemuan sebelum ini yang dikatakan batal, beliau menafikan perkara itu.

“Bila tidak jadi? Siapa yang batal pertemuan? Saya nak jumpa dengan orang, tetapi orang tak mari (datang) nak jumpa macam mana,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tegasnya, hasrat untuk mengadakan muzakarah itu setakat ini hanya melalui cadangan.

“Lepas ni kita akan teruskan dengan usaha lain pulak melalui tulis surat ke, facebook ke, pandailah kita buatnya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, cadangan itu telahpun dikemukakan melalui surat kira-kira tiga bulan lalu untuk mengadakan pertemuan bagi mengadakan muzakarah tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya sehingga kini belum ada jawapan berhubung perkara itu.

Beliau mempersoalkan tentang imbuhan kepada qari dan qariah di peringkat antarabangsa sebanyak RM2,000 sebulan.

“Nak bagi tu baguslah, tetapi apa tujuan pertandingan bacaan quran itu dibuat, saja untuk dilagukan atau untuk diambil manfaat hasil dari bacaan,” ujarnya.

sumber harakahdaily

10 AMALAN

10 AMALAN YANG TERBALIK
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
http://ustazhanafi.blogspot.com/

Profil Mursyid Am Baru IM




Nama :
Mohamed Badi' Abdul Majeed Samy

Tarikh Lahir :
7/8/1943

Tempat Lahir :
Mahalla Al-Kubra

Status :
Berkahwin

Pasangan Hidup :
Samia Alshanawy,bekas Pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiah di Bani Suef,Mesir.

Anak-anak :
Ammar (Jurutera Komputer)
Bilal (Pakar Radiologi)
Doha (Ahli Farmasi)

Cucu-cucu :
Ro'a
Habib
Eyad
Tameem

Kejayaan Akademik :
Sarjana Muda Kedoktoran Haiwan - Kaherah,tahun 1965.
Pensyarah Fakulti Kedoktoran Haiwan - Asyut,tahun 1965.
Memperolehi Master Kedoktoran Haiwan dan menjadi Guru Pembantu pada tahun 1977 di Universiti Zagazig.
Menjadi Doktor Haiwan dan menjadi Guru pada tahun 1979 di Universiti Zagazig.
Menjadi pembantu Profesor Kedoktoran Haiwan pada tahun 1983 di Universiti Zagazig.
Menjadi Doktor Pakar Haiwan di Institusi Sana'a pada tahun 1982-1986.
Menjadi Profesor Perubatan Haiwan pada tahun 1987 di Cairo University - Cawangan Bani Suef.
Menjadi Pengerusi Bahagian Patologi,Fakulti Kedoktoran Haiwan di Bani Suef pada tahun 1990 untuk dua sesi.
Mengajar di bawah Fakulti Kedoktoran Haiwan di Universiti Bani Suef untuk pelajar-pelajar graduan pada tahun 1993 untuk satu sesi.
Menjadi Supervisor pada 15 kelulusan Master dan 12 PhD serta 12 kajian saintifik dalam ruang lingkup kepakarannya.

Pekerjaan Sekarang :
Profesor Bahagian Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan – Bani Suef Universiti

Aktiviti Sampingan :
Setiausaha Umum Persatuan Umum Kedoktoran Haiwan untuk selama sesi.
Bendahari Persatuan Perubatan selama satu sesi.

Aktiviti-aktiviti Sosial dan yang melibatkan Sains :
Ahli Majlis Kerajaan Pertubuhan Kerajaan Islam Mahalla Al-Kubra
Ahli Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah selama 10 tahun dan menjadi supervisor cawangan kelab tersebut di Bani Suef.
Timbalan Pengerusi Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah dan Lembaga Dakwah Islam di Bani Suef pada tahun 1996.
Pengerusi Pertubuhan Ahli Kakitangan Rumah dan Pembantu-pembantunya di Universiti Bani Suef.
Pengerusi Lembaga Pengarah Bahagian Patologi dan Patologi Klinikal pada tahap Republik.
Pengerusi Akhbar Kajian Perubatan Haiwan di Fakulti Kedoktoran Haiwan Bani Suef selama sembilan tahun.
Pengerusi Pusat Perkhidmatan Persekitaran Fakulti Kedoktoran Haiwan - Bani Suef.

1965 : Menjadi tribunal tentera bersama Profesor Said Qutb dan saudara-saudara Islam yang lain. Di hukum selama 15 tahun akan tetapi menjalani hukuman selama sembilan tahun sahaja.

1974 : Dilepaskan dan kembali bekerja di Universiti Asyut dan kemudian di pindahkan ke Universiti Zagazig.

Setelah itu dia terbang ke Yaman. Balik dari sana dia ke Universiti Bani Suef.

1998 : Dipenjarakan selama 75 hari kerana kes Lembaga Dakwah Islam di Bani Suef ketika beliau menjadi Pengerusi kelab tersebut.

1999 : Di hukum penjara selama lima tahun kerana kes satu organisasi persatuan. Dilepaskan selepas tiga tahun.

2008 : Di tangkap dan di tahan selama sebulan ketika pilihan raya perbandaran.

Khidmat Bakti :
Menyumbangkan artikel dan hadith pada laman web 'Ikhwanonline'.

Meneliti dan mengkaji konsep dakwah.

*Pernah di hukum mati pada tahun 1954 tapi kemudiaannya di ringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

*Nama Dr. Mohammad Badi' termasuk dalam senarai 100 tokoh terbesar dunia Arab mengikut Ensiklopedia ilmiah arab yang diterbitkan oleh lembaga Informasi Ilmiah Mesir pada tahun 1999.




Kenali Ulama`-Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi


Beliau ialah seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran". Telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.

Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku himbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."

Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.

Syeikh Sya'rowi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.

SAAT KEMATIAN

Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
 
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=2&Itemid=55
 

7 Jenis Muka

7 jenis muka mayat di dlm kubur...

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

http://ustazhanafi.blogspot.com/