Askar pertahankan negara @ UMNO....

perbincangan terbuka ini agak sensitif namun ia penting supaya negara kita benar-benar selamat dari ancaman luar...

saya banyak terbaca artikel dalam laman web tentang bagaimana askar dikawal ketat dalam membuat pemilihan ketika mengundi. Apakah perkara ini benar-benar berlaku ?.. sekiranya tidak, alhamdulillah... Tapi sekiranya sebaliknya(baca ni), maka kita kena risau kerana kita sedar maksud askar itu sendiri adalah gagah perkasa dan berani dalam banyak perkara...

askar akan bertempur siang dan malam demi menjaga keselamatan negara.. Askar tak akan meminta royalti sekiranya mereka dapat menembak ramai penceroboh dan tidak akan mogok sekiranya dibiarkan tidur di dalam hutan..

Apakah benar askar kita akan menjaga keselamatan kita... atau bekerja kerana ingin menyara hidup yang kini kian susah untuk mendapatkan kerja.. saya sendiri ada berjumpa beberapa rakan yang kini menjadi askar menyatakan begitu kerana susah mendapatkan kerja.. Yang pasti kebanyakkan pekerja di sektor kerajaan sangat takut sekiranya mereka dibuang kerja atau diturunkan pangkat dan sebagainya...

Apakah askar juga mengalami masalah yg sama.. takut dibuang kerja, diturunkan pangkat atau dicampakkan kelaut kerana tidak setuju dengan kerajaan... sekiranya ini berlaku, maka kita boleh pertikaian kewibawaan segelintir askar tersebut dalam memperjuangkan tanah air kita...