Jaulah Tarawih

Pada petang Rabu, 16 September 2009, pihak Penyelaras Pemuda Dun Langkap telah mengadakan Iftor bersama pemuda cawangan Chalok Barat di Surau Bukit Che Ros.

Walaupun program tersebut diadakan tanpa dirancang, tetapi alhamdulillah,nampaknya ada sambutan yang positif daripada pemuda Chalok Barat.

Program dimulakan dengan Iftor Jamai`e, 8 hidang disediakan oleh pihak Surau Che Ros. Selepas Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Witir, Ketua Lajnah Tarbiyyah meyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Seterusnya, selesai sahaja minum malam, pihak kami mengadakan pertemuan dengan pemuda-pemuda Chalok Barat. Sekali lagi Ketua Tarbiyyah menyampaikan ucapan mesra sempena liqa` tersebut. Jumlah kehadiran seramai 24 orang.

Akhirnya, majlis selesai pada jam 10.25 malam, walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan tetapi sedikit sebanyak semoga ia merapatkan lagi ukhuwwah di antara pemuda dun dengan pemuda cawangan. Yang paling penting semoga pemuda semakin memahami siasah menurut kontek Syariah dalam negara kita Malaysia.

Pihak penyelaras mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Cawangan, Saudara Suharmizi yang banyak menjayakan majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada Ayah Wan selaku tuan rumah.