Himpit10k-Pemuda Aset Penting


Kedatangan Penceramah Tersohor, Alfadhil Ustaz Azhar Idrus amat dinantikan oleh semua lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu agama. Ceramahnya yang agak santai, bersahaja dan diselitkan dengan sindirin sinis berjaya menarik minat orang ramai.

Ceramah Perdana Dhuha HIMPIT 10K oleh Ustaz Azhar Idrus berlangsung pada pagi Jumaat di tapak HIMPIT 10K.

Sejak pagi lagi orang ramai berpusu - pusu datang. Kehadiran golongan muda dan tua untuk mengikuti ceramah agama begitu ramai disamping peserta HIMPIT 10K sendiri.

"Saya sendiri agak lewat belajar agama, masa tu umur saya sudah 20an". ujarnya.

Beliau amat berbangga dengan orang muda yang menyertai kumpulan Gerakan Islam seperti PAS.

"Orang muda ini tenaganya kuat, fikirannya tajam dan selera tinggi, jika mereka bersama PAS ianya menjadi aset penting pada PAS dengan kriteria yang mereka miliki tersebut", jelas beliau.

Al Fadhil Ustaz berharap ramai pemuda di luar sana menyertai PAS. "Inilah satu - satunya gerakan atau parti yang benar - benar memperjuangan Islam, jadi orang muda usah ragu untuk menyertai PAS", jelasnya lagi.

Al Fadhil juga mengingatkan orang muda dengan budaya rempit. "Nak rempit tidak salah, tapi bila masa solat jangan tinggalkan solat", jelasnya lagi.

"Saya mendapat maklumat PAS ada Kelab Motosikal, Alternative Rider Club (ARC), jadi orang muda boleh masuk jadi ahli, tidak salah dan ikut semua peraturan kelab, masa solat kita solat, masa rempit kita rempit lah...", katanya.

Kuliah Dhuha HIMPIT 10K banyak menyentuh peranan orang muda dalam gerakan Islam seperti PAS ini.
Dianggarkan 5,000 orang datang memenuhi tapak HIMPIT 10K pada pagi tersebut untuk melihat secara dekat dan mendengar secara langsung kuliah dhuha beliau.

Kesesakan lalulintas bermula di persimpangan Masjid Geliga lagi sejauh 3 kilometer dari tapak HIMPIT 10K.
Bagaimanapun, peranan Unit Amal yang bertugas mengawas lalu lintas ke tapak HIMPIT 10K berjaya meredakan keadaan.







Bantah Kaitkan Peristiwa Memali Dengan Ajaran Sesat

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.

"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.

"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.
Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.

Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.

Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.
 
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22982&Itemid=1

Suburkan Budaya Wacana Ilmiah

Apasal wakil umno dan sis tidak hadir..
baca di sini
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/10/suburkan-budaya-wacana-ilmiah.html

Sedarkan Ummah-Tanggungjawab Ahli Gerakan Islam

Kedatangan para anbiya di muka bumi ini adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT, sama ada yang berupa arahan/perintah-Nya, hukum-hakam yang termaktub dalam al-Quran di mana pada akhir-akhir ini ia hanya jadi bahan bacaan semata-mata tetapi tidak dilaksanakan.
Kesungguhan para anbiya melaksanakan segala titah perintah Allah walau menghadapi segenap bentuk tribulasi adalah menjadi lumrah dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, atau ia dikenali dengan istilah asam garam dalam berdakwah.

Tujuan dakwah adalah bagi memastikan agar ummah berada pada tahap penerimaan segala ajaran Islam sebaik mungkin, iaitu melaksanakan perintah Allah pada masa yang sama meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya bagi meraih sebenar-benar takwa kepada-Nya.

Kisah perjuangan para anbiya dalam menjalankan tugas sebagai para utusan daripada Allah diabadikan dalam al-Quran agar ia menjadi rujukan dan inspirasi kepada ummah hari ini untuk menjalankan tugas masing-masing sebagai golongan hamba Allah yang berhak meraih pahal sekali gus dijanjikan syurga Allah pada hari akhirat.

Ia diakhiri dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir yang membawa kebenaran daripada Allah SWT menghadapi makhluk perosak yang sengan menghalang kemaraan kebenaran dengan pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan ia tidak dapat sampai memasuki ruang hati-hati manusia ketika itu.

Sesungguhnya apa yang ditonjol dan ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah satu sunnah dan tanggungjawab yang ditinggalkan kepada ummah ini seperti yang difirmankan oleh Allah menerusi ayat 104 surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Ayat di atas dengan jelas menuntut orang yang beriman menjalankan tugas dakwah dengan menyampaikan ajaran Islam kepada ummah khususnya umat Islam hari ini yang banyak disogokkan dengan unsur-unsur cara hidup yang negatif hingga terdapat di kalangan mereka yang masih belum mengenal Islam dengan baik seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Sirah Rasulullah menjadi pegangan dan rujukan kepada golongan pendakwah/dai'e kerana ia adalah sumber pelaksanaan Islam secara praktikal, ia terbukti bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. mempraktikkan Islam dalam bentuk pentadbiran sebuah negara Islam di kota Madinah, begitu juga dengan hal-hal yang lain seperti aspek kejiranan, kemasyarakatan, perekonomian, politik dan lain-lain, kesemuanya dibuktikan secara praktikal.

Pada masa yang sama, kerja-kerja dakwah tidak terlepas daripada menerima segala macam ujian bagi mematangkan tahap emosi, tekanan diri, tidak mudah berputus asa, bersedia menerima tohmahan yang direka-reka oleh mereka yang tidak senang dengan Islam walaupun ia datang daripada mereka yang bernama Islam.

Menurut Ustaz Mustafa Masyhur dalam risalahnya bertajuk 'Zad ad-Du'ah' / 'Bekalan para pendakwah' ada menegaskan, bahawa mana-mana individu yang mewarisi kerja-kerja dakwah seperti yang ditampilkan oleh baginda Rasulullah mesti melalui ujian sama ada dilabelkan dengan pemecah belah masyarakat, pengganas dan lain-lain, ia tidak lebih daripada menguji tahap kecergasan minda dan sanubari dan mematangkan kesungguhan untuk terus berdakwah.

Apa yang disebut oleh Ustaz Mustafa ada kebenarannya, kerana untuk meraih syurga Allah SWT bukanlah satu perkara yang mudah, ia terpaksa dilalui dengan ujian yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Golongan paling dahsyat menerima ujian Allah adalah para anbiya dan kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama/pendakwah)."

Keadaan ummah hari ini

Apa yang dapat disaksikan pada hari ini ialah, keadaan ummah hari boleh disifatkan sebagai separuh tenat, khususnya dari sudut kefahaman mengenai agama Islam itu sendiri. Terdapat masih ramai lagi ummah yang tidak mengenal Islam pada bentuk yang sepatutnya mereka perlu tahu.

Persoalan majlis perkahwinan yang masih kabur pelaksanaannya, hubungan ipar duai dari sudut aurat dan adab, penglibatan dalam aspek sukan, hiburan melampau dan banyak lagi yang memperlihatkan kecetekan cara berfikir mereka lantaran tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Pada masa sama mereka jadi juara dalam mengendalikan program-program hiburan dengan pengendalian yang cukup mantap, tetapi ia berlaku pada urusan yang bersifat keagamaan.

Remaja-remaja perempuan yang mendedahkan aurat begitu berleluasa khususnya di kalangan anak-anak orang Islam. Ia bagaikan mereka seolah-olah tidak mempunyai kedua ibu bapa yang sepatutnya menasihati mereka, membonceng motosikal dengan penunggang lelaki ke hulu dan ke hilir tanpa matlamat hidup yang jelas.

Justeru, bagi ahli-ahli gerakan Islam, ia merupakan satu tugas besar serta tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Kerahan tenaga perlu digiat dan dilipat-gandakan bagi menyelamat mereka yang telah tersasar matlamat hidup mereka yang sebenar, kelas-kelas fardu ain perlu juga digandakan peranannya dan mencari kaedah bagaimana ummah/masyarakat berminat untuk datang mendengar kuliah, ceramah, forum dan sebagainya dengan menggunakan bahan teknologi terkini bagi menarik perhatian mereka.

Jika tugas dakwah tidak disampaikan, dikhuatiri ummah akan hanyut dalam arus kebendaan yang menjanjikan seribu pembohongan untuk berjaya, kerana kejayaan sebenar adalah menyampaikan 'amar makruf nahi mungkar' seperti dijelaskan dalam ayat di atas.

Sahutlah para pendakwah daripada kalangan ahli gerakan Islam, seruan Allah menerusi ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

Kita tidak akan mencapai status ummah yang baik melainkan dengan menjalankan tugas menyelamatkan manusia melalui program amar makruf nahi mungkar, kerana ia adalah program yang diperakui oleh Allah berbekalkan pengetahuan mendalam mengenai ilmu-ilmu alat seperti Sirah, ulum al-Quran, fiqh, akidah, mantiq, tafsir, hadis dan lain-lain.

Para pendakwah berusaha untuk merintis jalan mempelbagaikan teknik dakwah yang mudah sampai kepada golongan sasaran yang akhirnya meyakinkan mereka bahawa Islam adalah agama yang memimpin manusia ke jalan kebenaran untuk mendapatkan rahmat Allah sekali gus disediakan bagi mereka tempat yang kekal abadi di dalam syurga.

sumber:harakah

jamue rayo plok doh.........pakat g weh.....


Berubah Untuk Kemenangan Islam

Jom pakat gi dengar ceramah perdana di Pekan Manir, Kuala Terengganu

Masa untuk rakyat Bagan Pinang menangkan calon PAS



JIKA hendak dikira, barangkali jasa selama 22 tahun Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, hampir menyamai jasa-jasa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai PM, Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab membangun serta mengharumkan nama negara, sehingga terkenal di mata dunia.
Jasa-jasa Mahathir kepada negara cukup besar untuk dikenang dan direkodkan dalam buku-buku sejarah. Manakala sebagai MB, Isa turut punyai tanggungjawab yang sama.
Harus diingat bahawa tugas kedua-dua Mahathir dan Isa sama sahaja. Mereka adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan amanah rakyat, memimpin dan membangunkan negara.

Sesebuah negara menjadi maju atau membangun, bukan kerana keberkesanan atau kekuatan ideologi yang menjadi dasar pemerintahan. Sama ada Negeri Sembilan, mahu pun Malaysia, membangun bukan kerana dasar-dasar nasionalisme Umno, MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Komunis di negara China juga buat pembangunan. Malah dengan dasar komunis itulah hari ini China sudah menjadi antara kuasa ekonomi dunia yang disegani. Walau apapun dasar sesebuah parti yang memerintah sesebuah negara, pembangunan tetap menjadi tanggungjawab utama kerajaan.

Oleh itu rakyat tidak harus termakan dengan dakyah Umno-BN yang mengatakan negara maju kerana pemerintahan mereka. Kerana jika tidak wujud BN pun negara tetap akan membangun, jika tiada Isa Samad pun, Negeri Sembilan tetap akan membangun juga.

Jasa-jasa ini tidak perlu diungkit. Jasa-jasa Mahathir selama 22 tahun bukan jaminan untuk beliau terus dihormati atau diterima sebagai pemimpin. Begitu juga dengan Isa Samad.
Cuba pembaca imbas kembali apa yang terjadi kepada Mahathir. Bayangkan betapa hebatnya beliau sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2003. Apa yang terjadi?

Fakta membuktikan, belumpun dua minggu Mahathir digantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebahagian besar pemimpin Umno-BN sudah lari meninggalkan beliau.
Malah ketika Mahathir membuat teguran kepada Abdullah, Mahathir dimaki hamun, dihina, ditindas, dikalahkan dalam pemilihan. Siapa punya kerja semua ini? Tidak lain dan tidak bukan, semuanya ini dilakukan oleh pemimpin Umno-BN sendiri.

Mereka ini, hampir semuanya menjadi pemimpin, dilantik jawatan penting dalam kerajaan, menikmati kemudahan dan kesenangan dalam hidup, semuanya kerana jasa Mahathir. Tetapi kerana kepentingan peribadi, perangai mereka menjadi buruk. Mereka lupa daratan dan menjadi seperti 'anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan.'

Rakyat harus berfikir, mengapa Mahathir yang banyak berjasa kepada orang-orang Umno-BN, suatu ketika disanjung dan dicium tanggannya, dilayan 'macam hampas' oleh mereka? Sikap mereka ini hanya menunjukkan bahawa perjuangan nasionalisme dalam diri mereka sudah terhakis dan mati. Nasionalisme Umno, MCA dan MIC mati kerana pemimpin mereka sudah begitu tamak dan menganut fahaman materialistik.

Justeru, jika orang Umno-BN sendiri yang tidak tahu mengenang jasa ketua mereka yang begitu hebat seperti Mahathir, mengapa rakyat Bagan Pinang harus terpedaya untuk mengenang jasa Isa? Mahathir sudah tidak relevan, Isa juga sudah tidak relevan dan mengenang jasa Isa juga sudah tidak relevan sama sekali.

Semuanya menjadi tidak relevan kerana dasar nasionalisme yang diamalkan Umno, MCA dan MIC, sudah lapuk dan semakin ditolak rakyat. Usaha mempertaruhkan Isa hanya kerana populariti beliau di Bagan Pinang, hanya menunjukkan bahawa Umno-BN sudah tidak semakin yakin dengan dasar perjuangan mereka sendiri.
Bagi mereka kepentingan bangsa, agama dan negara tidak menjadi keutamaan lagi. Tidak kisah letak siapa, penyamun ke, perompak ke, penjenayah ke, perasuah ke, asalkan yang penting Umno-BN menang.

Meletakkan Isa sebagai calon BN selepas dijatuh dan dipalitkan dengan tuduhan jenayah rasuah, adalah seumpama 'mengkitar tong najis, kemudiannya dimasukkan nasi di dalamnya' buat jamuan kepada rakyat.
Oleh itu, kita mengharapkan rakyat Bagan Pinang, supaya tidak terpedaya dengan kepalsuan yang dihidangkan di hadapan mereka oleh Umno-BN.

Mereka harus bertindak bijak mengikuti jejak langkah rakan-rakan pengundi di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan terakhir di Permatang Pasir.

Inilah masa terbaik untuk rakyat meninggalkan Umno-BN dan mengundi calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Selamat mengundi!_
sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022734&Itemid=90

Sumbangan kita pada pilihan raya kecil N31

    Apakah sumbangan kita pada PAS yang sedang bertanding di Bagan Pinang?

Banyak cara atau jalan untuk kita membantu saudara kita selain dari pergi sendiri kesana. Disini kita cuba bincang bagaimana kita boleh memberi sumbangan semaksima yang mungkin.

antaranya;
  • Berkampung di Bagan Pinang dan mengambil gambar , video , audio setiap aktiviti disana. Ini penting supaya segala penyelewengan dapat dibuktikan. Cuba dekati pemuda dan dakwah mereka tentang PAS
  • Membuka laman web berkaitan dan memberi sokongan anda disana. Ikuti Setiap perkembangan semasa melalui laman web seperti Harakahdaily, malaysiakini dan sebagainya.. tapi jangan beli surat khabar utusan meloya dan yg seangkatan dengannya..
  • Membuka laman web parti lawan dan mengemukakan soalan yang akan memerangkap mereka seperti , isu rasuah dan sebagainnya. Boleh juga menyertai Forum dan memberi maklumat sebenar mengenai penyelewengan yang berlaku..
  • memastikan kawan atau saudara yang dapat mengundi di Bagan Pinang dapat balik pada hari mengundi nanti.
  • Menelefon rakan/saudara yang dapat mengundi dan menerangkan tentang perlunya PAS menang disana...
  • Menderma kepada tabung pilihan raya Bagan Pinang.
  • Solat hajat secara individu mahupun bekerluarga.
  • Berdoa selepas solat supaya Allah memberi kemenangan kepada perjuangan Islam disana...
Ini adalah sedikit cara untuk kita membantu saudara kita disana...

Jamuan Raya Pemuda Langkap meriah...

Alhamdulillah...
Segala Perancangan berjalan dengan baik. Hari ini (Jumaat) telah berlansungnya Jamuan Idulfitri peringkat Dun Langkap yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda Dun Langkap.
Jamuan yang bermula seawal pukul 9 pagi dihidangkan dengan pelbagai juadah diantaranya, Laksa, leman dan ketupat..
Anak-anak muda serta orang kampung mula membanjiri Surau Kg Selamat untuk menikmati juadah dalam linkungan pukul 10 hingga 12 tengah hari.
Jamuan berhenti sementara bagi memberi laluan kepada para muslimin untuk menunaikan Solat Jumaat.
Program ini dianggap berjaya kerana dapat mengumpulkan pemuda-pemuda Dun Langkap dalam sekitar 50 orang.
Semoga program seperti ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita...
Gambar jamuan akan dimasukkan tidak lama lagi....